Assalamualaikum dan Salam 1 Belia 1 Malaysia,
Syukur dan setinggi2 syabas serta tahniah saya ucapkan kepada mereka yang telah terlibat bagi membangunkan laman web ini.
Diharapkan laman web ini dapat memberi manfaat serta maklumat kepada semua belia terutama sekali kepada ahli2 MYHA dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti persatuan serta aktiviti belia di Malaysia mahupun di luar negara.
Kepada para belia dan remaja semua yang masih belum mempunyai persatuan, marilah sertai kami. Insya'allah dengan program2 yang kami telah aturkan khusus buat mereka yg suka mengembara dan cabaran, di sinilah tempat anda untuk belajar dan menimba ilmu di dalam aktiviti berpersatuan dan berorganisasi.
sekian.
Meneroka ~ Berilmu ~ Kreatif
Khairul Annuar Mansor
Presiden